Selasa, 22 Februari 2011

Mendustai Agama Allah SWT

Sahabat, sekarang admin memposting kata mutiara islami yang cukup bagus untuk kita renungkan yaitu mendustai agama Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Tahukah kamu (orang yang mendustakan agama, itulah orang-orang yang menindas anak-anak yatim dan tidak menganjurkan memberi makanan kepada orang-orang miskin. (Surah Al Ma’un ayat 1-3).

Seseorang muslim sanggup mendirikan sembahyang dan melaksanakan ibadat-ibadat yang lain. Namun, kepercayaan seseorang terhadap agama Allah itu tidaklah dapat dinilai dengan sembahyang semata-mata, sebab Islam bukanlah agama kulit dan agama upacara.

Sesungguhnya hakikat iman itu mempunyai ciri-ciri alamat yang membuktikan kewujudannya. Selama alamat itu belum wujud maka keimanan dan kepercayaan itu pun tidak wujud.

Sebenarnya, di antara akidah dan syariat Islam tidak boleh bercerai dan berpisah antara satu bahagian dengan bahagian yang lain. Malah, Islam adalah agama yang bersepadu di mana kegiatan akidah membuahkan ibadah, sedangkan ibadat berkaitan dengan tugas perseorangan. Tugas perseorangan pula berkait rapat dengan tugas masyarakat yang kesemuanya menuju ke arah kebaikan manusia dan pengabdian diri kepada Allah.

Oleh yang demikian, seorang muslim tidak boleh mengambil sebahagian daripada syariat Islam dan menolak sebahagian yang lain. Ia tidak harus menerima sesuatu yang disukainya sahaja dan menolak sebahagian syariah yang tidak disukainya.

Inilah maksud Islam dalam konteks penyerahan diri dan pengabdian kepada Allah dan di sinilah terletak batas kufur yang menjadi masalah masyarakat sepanjang zaman.

Tiga ayat yang dibaca di awal khutbah ini menjadi contoh serta gambaran yang jelas satu hakikat agama yang amat besar dan hampir mengubah sama sekali pengertian biasa mengenai iman dan kufur serta yang selalu dirasakan oleh kebanyakan kita.

Firman Allah itu dimulai dengan pernyataan Allah, adakah engkau melihat atau adakah engkau tahu siapakah pendusta-pendusta agama itu, kemudian Allah menegaskan sebagai jawapan. Sesungguhnya, yang demikian itu adalah mereka yang menindaskan anak-anak yatim dan tidak menggalakkan memberi makan kepada orang-orang miskin.
Inilah suatu jawapan yang memeranjatkan kerana hanya dengan sebab kita mengabaikan beberapa kebajikan terhadap anak yatim dan orang miskin, kita boleh digolongkan sebagai pendusta-pendusta agama sendiri.
Betapa pula halnya kalau kita melakukan kerja jahat, meninggalkan sembahyang, berjudi, berzina dan bagaimana jadinya kepada Islam sekiranya sebahagian daripada syariat-syariat Islam itu kita pertikaikan sesama sendiri.

Allah memberi peringatan kepada kita tentang kebajikan anak yatim dan orang miskin sehingga ia dihubungkan dengan pengertian agama itu sendiri. Mengabaikan kebajikan mereka bererti mengabaikan agama sebaliknya memuliakan mereka menjadi sifat-sifat orang yang beragama.

Firman Allah yang bermaksud: Ada pun terhadap anak-anak yatim maka janganlah engkau bersikap kasar terhadapnya dan ada pun orang yang meminta-minta maka janganlah engkau tengking herdik dan adapun nikmat Tuhanmu hendaklah engkau sebutkan sebagai menzahirkan kesyukuran. (Surah Adh Dhuha Ayat 9-11).

Anak yatim ialah kanak-kanak yang belum baligh sama ada lelaki atau perempuan yang telah kematian bapanya atau ibunya atau kedua-duanya sekali. Orang yang pertama yang bertanggungjawab adalah waris-warisnya untuk memeliharanya sehingga besar dengan peliharaan yang sempurna sehingga ia berupaya menjalani hidup sendiri.

Di samping itu, mereka hendaklah mengelakkan diri daripada menganiaya
seperti menindas mereka atau mengkhianati mereka dan harta kepunyaan mereka. Maka apabila waris tidak mampu memeliharanya kerana kemiskinan dan sebagainya maka wajiblah yang kaya dan yang berupaya memberikan bantuan dan memelihara mereka.

Sekiranya golongan yang kaya dan berupaya itu tidak pula mengabaikan kewajipannya maka tertanggunglah kepada masyarakat keseluruhannya.

Memelihara anak yatim dalam rumah sendiri adalah sebaik-baik amal yang dituntut oleh Islam sehingga Rasullullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: Sekasih-kasih rumah di sisi Allah ialah rumah yang ada di dalamnya anak-anak yatim yang dimuliakannya.

Bukanlah dengan diberi makan minum semata-mata disebabkan kemiskinan mereka, sebab anak yatim juga ada yang kaya daripada harta peninggalan ibu bapanya, tetapi yang lebih penting daripada itu ialah layanan kasih sayang, dididik dan seumpamanya kerana hal seperti ini tidak dapat diperolehi dan ditukarganti seperti harta sebab kasih sayang hanya diperolehi dari jiwa yang halus dan lembut dari didikan iman dan kepercayaan kepada Allah.

“Mereka bertanya kepada kamu ya Muhammad tentang soal anak yatim. Katakanlah kepada mereka, memperbaiki keadaan mereka adalah lebih baik dan juga kamu bergaul dengan mereka samalah sepertimana kamu bergaul dengan saudara-saudara kamu sendiri. Allah mengetahui siapa yang suka membuat kerosakan dan siapa pula yang memperbaiki dan kalau dikehendaki nescaya menyempitkan kamu, bahawasanya Allah Maha kuasa lagi Bijaksana.

Sumber dari : darulquran.sch.id/v2/

0 komentar:

:10 :11 :12 :13
:14 :15 :16 :17
:18 :19 :20 :21
:22 :23 :24 :25
:26 :27 :28 :29
:30 :31 :32 :33
:34 :35 :36 :37
:38 :39 :40 :41
:42 :43 :44 :45
:46 :47 :48 :49
:50 :51 :52 :53
:54 :55 :56 :57
:58

Posting Komentar

Terima kasih atas kunjungannya....

Berkomentar yang benar, sopan dan berbobot ya sob..